• PENJELASAN MENGENAI PERFUME

    PENJELASAN MENGENAI PERFUME


    Perfume Pyramid

    Sumber: google.com (Real Men Real Style)

    Perfume terdiri daripada tiga tahap note yang mewakili tiga fasa bauan perfume.
    Top Note : merupakan note paling "atas" atau bau paling awal akan dihidu apabila disembur. Bau ini sangat kuat dan memberikan bau paling kuat kepada pemakai. Bau ini akan kekal untuk beberapa minit. Bau top note selalunya dibancuh dari bahan yang mudah meruap seperti bau Citrus atau bau Aromatics. Molekul bahan ini selalunya ringan menyebabkan ianya mudah meruap
    Medium Note : note selepas top note sudah hilang. Maka note kedua yang lebih berat akan mula timbul. Selalunya selepas setengah jam dari semburan perfume, "medium note" akan mula dapat dihidu. Molekul "medium note" lebih berat berbanding "top note" tetapi lebih ringan berbanding "base note".
    Base Note : bau terakhir yang akan muncul selepas semua note lain. Base Note adalah bau asas yang akan mewarnai bau untuk sepanjang pemakaian. Bau Base Note boleh dikesan selepas bau middle note mulai hilang. "Base Note" mempunyai molekul paling berat. Jadi bau "Base Note" selalunya tidak kuat tetapi berkekalan.
    Campuran : Selalunya bau perfume top note dan middle akan mudah hilang atas faktor molekul yang mudah meruap. Tapi Base note yang mempunyai molekul yang lebih berat akan memperlambatkan proses meruap note-note yang lebih ringan. Jadi perfume akan jadi lebih tahan atau lasting.

    Kebanyakan ahli perfume meletakkan minyak untuk mengganti fungsi basenote yang sememangnya lebih mahal. Jadi perfume akan jadi sedikit melekit dan lebih tahan lama.
    Formula: Perfume boleh dibuat dengan formula dari pelbagai jenis bahan. Seperti resipi masakan, formula perfume juga boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian. Pengalaman dan skill juga penting. Sebab tu gaji chef masakan mahal kan?
    Untuk proses itu, kos dan masa untuk mencari formula baru yang disukai pelanggan akan menjadi tinggi.
    Oleh itu, kebanyakan ahli perfume menggunakan bauan yang diinspirasikan dari bauan jenama antarabangsa. Proses ini akan mengurangkan RnD pengeluaran perfume.


    Pakej Perfume Inspired Axlensa

    Nak buat perfume inspired jenama sendiri?Whatsapp 011-5243 1699
    ASYRAF
    AXLENSA ELEGANCE PERFUME MAKER